1

1.0 Pengenalan
Berfikir ialah proses semula jadi. Kita sering kali ditekankan oleh orang yang lebih berkuasa untuk lebih berfikir dan “menggunakan akal” tetapi apa sebenarnya yang perlu kita ketahui adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara teliti serta kemahiran berfikir secara reflektif. Kerana individu hari ini sudah terbiasa dengan jawapan yang mudah dan jalan penyelesaian yang sedia ada untuk digunakan sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah sukar dan kompleks.
Oleh itu, masalah ini sebenarnya memerlukan kita memupuk pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di peringkat permukaan contohnya pengurusan dalam organisasi antara pengurus yang bernama Janice dan pekerjanya Rogers yang telah bekerja di syarikat GHJ selama hampir 15 tahun dan rogers sukakan pekerjaannya kerana rakan-rakannya yang ramah dan suka membantu.Dengan tempat kerja terletak berhampiran dengan rumahnya. Walau bagaimanapun, dia tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru itu sangat keras kepala. Dia tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas. Bila Janice iaitu penurusnya yang tidak berpuas hati dengan kerja yang disiapkan oleh kakitangannya, dia boleh sahaja meledak dengan kemarahan di hadapanumu. Ini telah menjadikan Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti,dalam konteks ini kita membincangkan isu, masalah kes tersebut dan penyelesaian kepada masalah ini dan apa-apa model atau teori dan strategi serta kenalpasti apa-apa model . Antara objektif yang boleh dibincangkan adalah :
i. Untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif para pelajar
ii. Untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai cara penyelesaian masalah yang yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
iii. Dan pelajar boleh memberi idea dan pandangan dengan menggunakan sumber yang berkaitan.
iv. Untuk mengenalpasti masalah isu kes yang perlu diatasi dan menyelesaikan masalah.
v. Mengenalpasti strategi yang boleh digunakan dan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Rogers.
Perlu diteliti bahawa antara nilai pembacaan paling berharga bukannya informasi yang kita perolehi tetapi apa sebenarnya yang kita fahami dan fikir serta bagaimana kita meneliti informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan untuk membaca sangat penting untuk diambil kira kerana seseorang perlu memahami bahawa objektif utama membaca bukan untuk memenuhkan minda dengan informasi tetapi untuk memberi ruang untuk minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca perlu berhenti seketika dari semasa ke semasa untuk meneliti dan membuat kesimpulan tentang apa yang telah dibaca dan difahami. Ini akan merangsang proses pemikiran serta berupaya mengaplikasikan apa yang telah dibaca dalam kehidupan seharian. Kejelasan ialah kuasa dan ia lahir daripada berfikir.
Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu memikirkan dengan lebih teliti tentang pilihan dan kearah kehidupan mereka. Masa ialah sumber paling berharga yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu ialah antara jumlah keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya amat berharga untuk seseorang individu untuk melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam dan konstruktif.

2. 0 Pengenalpastian Masalah / Isu
Pengenalpastian masalah atau isu berpunca dari konflik yang merupakan elemen dalam kehidupan manusia sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja, ianya tercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain samada majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu lain yang perlu berurus dengannya. Defini konflik satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain telah menghambar, atau akan menghambarkan satu kepentingan dirinya. (Thomas, 1976) defini ini merangkumi beberapa jenis konflik antara individu dan kumpula yang mana konflik terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
1) Konflik diri
2) Konflik antara manusia (interpersonal)
3) Konflik pasukan
Daripada masalah ataupun isu yang timbul antara Rogers dan Janice adalah pelajar boleh Boleh mengenal pasti masalah tersebut dan memberi penjelasan masalah dengan jelas dan tepat. Dan dibawah adalah ciri-ciri pemikir baik dan lemah untuk memerhatikan naik dan lemah untuk mengatasi masalah Rogers yang tidak begitu sukakan pengurusnya Janice.
Pemikir baik Pemikir lemah
Mengkaji sesuatu masalah secara menyeluruh dan melaksanakan rancangan konstruktif bagi menyelesaikan masalah Tidak pasti bagaimana hendak mendekati masalah
Aplikasi pengetahuan mereka dalam menyelesaikan masalah sewajarnya Mempunyai tanggapan bahawa pengetahuan mereka tidak memadai.
Mengakaji dengan bersifar reflektif dan mendalam di mana perlu. Terlalu yakin idea asal betul

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Menyelesaikan masalah secar sistematik dana analitikal. Berpindah daripada satu peringkat masalah kepada peringkat lain tanpa pemikiran dan perancangan yang menyeluruh.
Mempunyai kepercayaan dan keyakinan kepada kuasa penaklukan mereka dan tahap keyakinan. Tiada keyakinan terhadap kuasa penaklukan dan kurang yakin.
Bertekad dan fokus sepanjang tempoh penyelesaian measalah. Kurang sikap serius dan mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan sambil lewa.
Terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan hasil Tidak memikirkan jalan alternatif kepada penyelesaian

Antara masalah yang dihadapi oleh Rogers yang telah bekerja di Syarikat GHJ selama hampir 15 tahun. Adalah Rogers tidak begitu sukakan pengurusnya Janice dan Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja.
i. Tidak sukakan pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya
Konflik adalah satu elemen dalam kehidupan manusia, yang sentiasa dihadapi oleh manusia dalam kes ini Rogers dan pengurusnya Janice yang mana dia tidak berapa menyukai pengurusnya. Ianya tercetus kerana pengurusnya yang mempunyai kemahuan dan pengharapan yang mungkin banyak bercanggah dengan pekerja yang berurusan denganya. Antara konflik yang dihadapi oleh Rogers adalah dia tidak bersetuju dengan sesuatu arahan ataupun cara pengurusnya.

ii. Sikap Pengurus baru yang sangat keras kepala
sikap janice yang sangat keras kepala yang mana sikap ini kemungkinan menjurus pengurus ini tidak dapat menerima pendapat dan pandangan pekerja yang menyebabkan pekerja susah untuk berurusan dan melaksanakan sesuatu kerja. Ini merupakan Konflik Diri ini bersifat persendirian yang mana Janice perlu membuat keputusan yang melibatkan banyak alternatif, antara alternatif yang dimaksudkan adalah pengurus terpaksa memilih alternatif-alternaif yang bersesuaian dan mempunyai kesan negatif antara pengurus dan pekerja.

iii. Pengurus tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya.
Sikap pengurus yang tidak menghormati hak pekerja tidak sopan dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan pekerja dan sikap ini menyebabkan pekerja menjadi stress dan tidak bersemanagt dalam melakukan kerja kesan daripada ini kerja yang dilaksanakan tidak berkualiti. Ini merupakan Konflik Antara Manusia (Interpersonal) berlaku di mana terdapatnya komunikasi ataupun bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama tetapi berlainan peranan, tanggungjawab dan keperluan.

iv. Apabila Pengurus tidak berpuas hati dia akan meledak dengan kemarahan di hadapan umum.
pengurus tidak profesional dan bermeosi ketika mengarah pekerja menyebabkan pekerja tidak selesa dan berpandangan negatif terhadap majikan dan menyebabkan pekerja tidak dapat menghormati majikan dalam melaksanakan kerja. Konflik yang dihadapi dalam organisasi adalah koordinasi dan kawalan iaitu pekerja yang berbeza peranan tetapi perlu mengharapkan pertolongan atau perkhidmatan antara mereka. Dan komuniskasi yang tidak kurang jelas, matlamat, kepercayaan yang rendah antara penyelia pekerja atau antara bahagian.

3.0 PENYELESAIAN KEPADA MASALAH
Masalah dan kaedah untuk menyelesaikan masalah antara pengurus dengan pekerja
Masalah Penyelesaian

Tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya

Pekerja perlu lebih matang dan membuka minda untuk menerima pengurus baru dalam organisasi dan cuba membiasakan diri dengan majikan baru dan cuba kenali majikan agar majikan lebih terbuka untuk menerima suasana baru dengan keadaan persekitran yang baru dan pekerja baru. Dengan ini majikan boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru dan berkomunikasi dengan pekerja dengan lebih baik.

pengurus baru itu sangat keras kepala
(Tekanan dan Konflik Interpersonal)
Pengurus sepatutnya mengamalkan sikap yang lebih terbuka dan menzahirkan masalah yang dihadapi oleh organisasi dengan pekerja bawahan agar sebarang tindakan dan pendapat yang diberi boleh dipertimbangkan serta bersesuaian dengan keadaan kerja dan keputusan yang diberi lebih jelas dan permuafakatan antara pekerja dan majikan stretegi ini untuk memenuhi kepentingan semua pihak yang terlibat dan menggalakkan kerjasama antara dua pihak yang berkonflik dan mencari alternatif yang memenuhi kepentingan bersama strategi ini adalah mementingkan asertif dan kerjasama dan memerlukan pelaburan masa dan tenaga yang tinggi bagi tujuan penyelesaian masalah bersama.

Tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas.

Pengurus perlu mengubah sikapnya dan menghormati pekerja bawahan. Dengan cara yang lebih profesional ketika mengarah pekerja bawahan untuk melakukan sebarang kerja dan pemudahcara(Facilitator) agar pengurus boleh membantu pekerja untuk memudahcarakan proses penyelesaian, tetapi bukan menyelesaikan masalah atau konflik tersebut.

Apabila dia tidak berpuas hati, meledak dengan kemarahan di hadapan umum

Pengurus perlu lebih matang ketika bekerja dan lebih bersikap profesional untuk mengatasi masalah emosi. Pengurus perlu menjadi mentor yang sangat mahir dalam menangani masalah dengan mendengar masalah pekerja, menyoal/guna soalan terbuka, memberi keyakinan kepada pekerja, mencerminkan kata-kata dan menggalakkan komunikasi serta mentafsir dengan cara yang lebih profesional dan pihak pegurusan perlu berprihatin dengan persekitaran perhubungan pekerja dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum pekerja terlibat membawanya ketengah untuk mendapat ganti rugi dan sebagainya.

Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja.

Rogers sebagai pekerja perlu bersikap lebih sabar dan matang dalam mengatasi sebarang masalah dan rogers perlu meneruskan kerjanya dengan cara lebih berfikiran positif dengan majikannya dan setiap arahan yang diberi rogers perlu memahami sikap pengurusnya untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini terjadi. Dan Roger perlukan nasihat dari sekeliling iaitu dengan menasihati dan membantu mentee tersebut memahami konflik yang sedang dihadapi dan melengkapkan dirinya dengan strategi untuk menangani sendiri konflik tersebut.

4.0 Model,teori, Dan strategi yang digunakan

Banyak garis panduan dan strategi yang boleh diperhatikan dalam menyelesaikan pelagai masalah yang timbul. Strategi merupakan langkah yang penting dalam proses menyelesaikan masalah yang boleh membantu majikan dan pekerja untuk merancang sebranag tindakan dan membantu dalam menangani sebaang masalah yang tidak dijangka mungkin timbul.
Pihak majikan dan pekerja perlu ada ciri-ciri pemikir baikdan lemah unrtuk mengatai sebarang masalah yang tidak diingini.
1. Tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya
model yang digunakan biasanya adalah menggunakan pendekatan stop it iaitu mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula)pada mulanya adalah mungkin penyelesaian yang ideal. Ini kerap kali dilakukan dengan mengendalikan apa jua tugas dengan tujuan memperoleh kualiti terhebat seterusnya mengahapuskan masalah adalah cara terbaik bagi mengendalikan sesuatu masalah walau bagaimanapun penyelesaian dengan cara penghapusan sebagai kemungkinan penyelesaian dan mengurang masalah.

2. Pengurus baru itu sangat keras kepala.
Pengurus perlu mencari kaedah penyelesaian masalah dengan berkesan memandangkan pengurus tidak dapat menerima pandangan orang bawahannya dan keras kepala, dengan menggunakan kaedah kitaran penyelesaian masalah kaedah ini boleh menganalisis, mendefinisikan dan menyelesaikan masalah yang pengurus hadapi. Pengurus perlu periksa setiap maklum balasa dan membuat tindakan yang betul serta kenal pasti tindakan yang diperlukan dengan membuat rancangan teratur dan memastikan keberkesanannya agar setiap keputusan yang dibuat berkesan.

3. Tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas. Bagi menyelesaikan masalah ini Pengurus dan pekerja, mereka perlu mengeluarkan idea bagi mencari kemungkinan penyelesaian. Di bawah adalah antara idea yang boleh menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai

a) Baca,Selidik,Fikir, Tanya Soalan dan Bincang Mula dengan mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi. Ini merangkumi perlu membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan dan mencari pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan belajar sebanyak mana yang boleh tentang mengatasi masalah.
b) Guna Teknik Menghasilkan Idea seperti Penyelesaian Masalah, Simulasi Rawak dan Sebagainya (Ini akan Dibincangkan dengan Lebih Lanjut dalam Topik Seterusnya) iaitu dengan menghasilkan idea sebanyak mana mungkin. Dengan banyak idea dihasilkan oleh pengurus boleh membuat keputusan yang tepat dalam membuat keputusan dan mengarah pekerja dengan cara yang lebih profesional.
c) Berikan masa untuk idea berkembang semasa idea dihasilkan dalam tahap berbeza mendapatkan idea, kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap iaitu; persediaan pemikiran pertama, penyelidikan, belajar dan bekerja. Kedua Inkubasi iaitu masa untuk pengurus berfikir untuk pemikiran tidak sedar bekerja serta pemahaman diri, pemahaman tentang jalan penyelesaian, juga dikenali sebagai pengalaman eureka atau detik eureka. Dan perlaksanaan untuk melakukan penyelesaian serta penilaian yang berkesan.

4. Apabila dia tidak berpuas hati, Janice akan meledak dengan kemarahan di hadapan umum Bila mana pengurus mengahadapi masalah, satu penyelesaian berkesan bagi masalah boleh dibina menggunakan enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah

Antara langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah adalah, dengan meneroka masalah dan mengetahui masalah yang dihadapi dan mengetahui aspek penyelesaian dengan cara penjelasan masalah agar ianya lebih jelas serta cara penyelesaian masalah lebih profesional, Rogers perlu meneroka masalah yang dialaminya agar ianya boleh diselesaikan dengan baik. Rogers juga perlu pertimbangkan pernyataan masalah yang mendorong Rogers untuk berhenti kerja ataupun meneruskan kerjannya di syarikat yang sudah lama dia bekerja. Rogers juga perlukan penjelasan masalah dan memberi sebab tentang masalah yang dialaminya.
Memberi sebab tentang masalah yang dihadapinya Rogers perlu perlu dengarkan penjelasan pengurusnya dan bayangkan orang lain yang cuba melihat maslah itu yang mana perbincangan itu mungkin berbeza dari sudut pandangan dan segala bentuk teori yang boleh Rogers pertimbangkan agar Rogers memperolehi penjelasan iaitu “Mengapa” dan mencari kemungkinan kepada penyelesaian masalah.

5. Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja. Rogers perlu membina matlamat dan menetapkan matlamatnya contohnya.
a) Matlamat apakah yang Rogers anggap sebagai ideal.
Rogers perlu memilih satu penyelesaian yang cepat iaitu terus bekerja di syarikat berkenaan dengan memikirkan apakah penyelesaian ideal bagi masalah yang dihadapi dan Bina Matlamat realistik dan praktikal.
b) Rogers menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan Rogers perlu memilih idea.
1. Nilai Penyelesaian yang sesuai supaya penyelesaian dapat dicapai, nilai idea dan penyelesaian yang sesuai yang telah anda kumpulkan setakat ini. Tetapkan penyelesaian yang sesuai yang lain untuk dilaksanakan (“Rancangan B”) sekiranya rancangan asal anda tidak berjaya. Dan penilaian anda termasuk mencari penyelesaian yang paling berkesan, afisien (kos paling kurang, dari segi wang, masa dan lain-lain) dan sedikit kesan sampingan. Serta bina senarai penyelesaian yang sesuai mengikut susunan urutan.

2. Pilih Penyelesaian iaitu Rogers perlu pilih satu atau lebih penyelesaian untuk dicuba daripada senarai penyelesaian yang telah disusun. Rogers perlu benarkan orang lain melihat dan mengkritik penyelesaian yang anda pilih dan mencadangkan pembaikan dan alternatif. Ia adalah penting untuk membenarkan orang lain mengkritik dan menilai penyelesaian anda sebab anda akan ada peluang untuk memperbaikinya. Dan jangan biarkan kritikan mempengaruhi keyakinan terhadap idea yang anda percaya adalah baik, juga jangan resah dengan kritikan yang menunjukkan kelemahan anda. Selalu bersedia untuk menerima idea baharu.

5.0 Kesimpulan

Setiap masalah yang dihadapi semestinya ada jalan penyelesaian yang mana mempunyai kaedah, model, teori, strategi yang boleh digunakan dan dikaitkan dengan proses penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Robert dan pengurus yang baru dan isu yang dihadapi oleh Robert dan pengurus barunya. Antara isu yang dikenalpasti tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru diambil bekerja di jabatannya pengurus baru itu sangat keras kepala, tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas, Apabila dia tidak berpuas hati, meledak dengan kemarahan di hadapan umum,dan Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti kerja.

Daripada apa yang dibincangkan dengan situasi kes di atas pelajar mampu memikirkan penyelesaian kepada masalah dan boleh mengenal pasti pelbagai model, teori dan strategi yang boleh digunakan untuk proses penyelesaian masalah, ianya mampu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif pengurus dan pekerja , Untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai cara penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan organisasi. Dan pengurus boleh memberi idea dan pandangan dengan menggunakan sumber yang berkaitan dan mengenalpasti masalah isu dan kes yang perlu diatasi dan menyelesaikan masalah dan mengenalpasti strategi yang boleh digunakan dan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Rogers.

Psikologi pemikiran adalah sangat dipengaruhi oleh kemunculan teknologi dan PMI yang digunakan adalah alat yang sangat mudah serta berguna untuk membuat keputusan yang cepat dan pilihan yang terbaik. Dengan meneliti kemahiran dalam menyelesaikan masalah pelajar dapat menganalisis dan memahami kaedah penyelesaian masalah dengan profesional dan tepat, Pelajar juga mampu memberi idea-idea untuk menyelesaikan masalah antara teori yang digunakan adalah mencari idea dalam mengeluarkan kemungkinan, kaedah kitaran penyelesaian masalah, Menghasilkan idea, Dengan meneroka masalah dan mengetahui masalah yang dihadapi dan membina matlamat dan menetapkan matlamatnya.