Kebelakangan ini kita sering digemparkan dengan pelbagai peperangan yang berlaku di dunia

Kebelakangan ini kita sering digemparkan dengan pelbagai peperangan yang berlaku di dunia. Salah satu peperangan yang berlaku adalah perang saudara yang berlaku di Syria. Perang saudara yang berlaku masih lagi berterusan di Syria di mana memberi impak kepada penduduk Syria di mana penduduk Syria dikenali sebagai pelarian Syria. Syria merupakan sebuah negara yang mana dulunya sebuah negara kedua yang terbesar dan menjadi tuan rumah dalam menyelamatkan pelarian Palestin tetapi sekarang sudah menjadi sebuah negara yang mengeluarkan pelarian selepas sahaja perang saudara Syria berlaku. Meskipun hampir tiga tahun perang saudara melanda Syria dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa, masih belum ada tanda-tanda krisis itu akan berakhir.
Kami sekumpulan berhasrat untuk menjalankan tugasan ini dengan bertajukkan dengan isu-isu berlaku di Syria disebabkan perkara ini adalah merupakan isu-isu semasa yang perlu dilihat dan dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun muda. Kepentingan dalam mengetahui perkara ini adalah supaya pengetahuan kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi tidak terhad seperti “katak di bawah tempurung”. Ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membuka mata supaya kami dapat melihat betapa adanya kesengsaraan yang dirasai oleh orang lain sedangkan kita disini hidup bebas peperangan tanpa memikirkan apa yang terjadi kepada penduduk dari Syria.