Merdeka Hai Merdeka

Merdeka
Hai Merdeka!
Tatkala ramai yang seolah-olah memahamimuNamun apakah engkau sebenarnya wahai merdeka?
Cukupkah sekadar ‘kebebasan’ mengisi ertimu?
Ataupun hanya ilusi kerdil di alam berhukum ilahi ini?Hai Merdeka!
Engkaulah juga manifestasi kebebasan abadiBebas berdaulat di bumi bebas beradat di hatiEngkaulah dambaan makhluk bernafsuNafsu kemarahan merentap cengkaman penjajahEngkaulah penggerak obor perpaduanBerpadu persis seikat sirih serumpun seraiTiadalah upayanya engkau tercapai genggamJika bukan dek pengorbanan yang luhurHai Merdeka!
Bima sakti menari-nari kerianganTali-tali penjerut akhirnya terleraiBebas memutuskan segala-galanyaTakdirmu terjawab juga berizinkan Yang Maha EsaMerdekalah dikau sebagai penamatPenamat kitaran samsara tiada berpenyudahMaksudmu agung tetapi abstrakKerana merdeka bagiku bukan bagimu
Misterimu masih belum terjawabBiarlah ilmuan mendebatkan kejadianmuSehinggalah ke akhir waktuMencari makna merdeka yang sebenarFariz Fadzilah aka FF