PENGENALANTamadun Islam mempunyai pelbagai definisi yang dikaji oleh para sarjana dan pengkaji Tamadun Islam

PENGENALANTamadun Islam mempunyai pelbagai definisi yang dikaji oleh para sarjana dan pengkaji Tamadun Islam. Profesor Syed Naquib Al-Attas menghuraikan maksud Tamadun Islam sabagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat (Mohd Zuhairi Safuan, 2012). Al-Syahid Syed Qutb pula mengatakan bahawa semua bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam seluruh dimensi kehidupan mereka seperti dalam sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam. Said Hawa menampakkan Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya yang relevan dengan kebudayaan itu. Abu Bakar Hamzah juga mengatakan bahawa Tamadun Islam adalah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang bersifat bukan kebendaan atau sebaliknya.

Masyarakat bertamadun Islam menekankan aspek akidah, syariah dan akhlak kerana aspek tersebut melibatkan seluruh cara hidup sebagai seorang muslim. Akidah ialah pegangan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t tanpa sebarang paksaan (Ustaz Abd Aziz bin Harjin, 2008). Sesiapa yang telah beriman kepada Allah s.w.t wajib mematuhi segala lafaz syahadah, sanggup mempertahankan kebenaran dan sanggup mengorbankan harta benda juga jiwa raga demi Allah s.w.t. Syariah ialah undang-undang yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dan harus dipatuhi supaya boleh mendapat kesejahteraan hidup di dunia akhirat. Manusia yang berakhlak mulia boleh terbentuk jika mengikut hukum Allah s.w.t tersebut dengan ikhlas. Seterusnya, akhlak ialah amalan mulia yang menjadi teras bagi umat Islam. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t, alam sekitar dan sesama manusia akan dijaga jika amalan akhlak diamalkan.
Pandangan semesta Tamadun Islam ialah satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu. Pandangan semesta Tamadun Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan alam termasuklah konsep keimanan, konsep kekuasaan dan konsep kemanusiaan. Konsep keimanan bermaksud manusia harus beriman kepada Allah s.w.t dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Konsep keimanan ini menjadi asas pembinaan Tamadun Islam (Khairul Nisaa, 2014). Selain itu, konsep kekuasaan bermaksud Allah s.w.t ialah pencipta, penguasa dan pemilik mutlak seluruh alam. Manusia ialah pemegang amanah yang harus mematuhi segala hukum Allah s.w.t dan prinsip-Nya. Pelanggaran hukum akan membawa kebinasaan kepada manusia kerana manusia hanya seorang khalifah yang tidak mempunyai kuasa mutlak. Konsep kemanusiaan pula bermaksud manusia adalah makhluk Allah s.w.t dan kedudukan manusia adalah lebih tinggi daripada makhluk lain. Makhluk mukallaf diberi tanggungjawab untuk merangkumi hubungannya dengan Allah s.w.t, alam sekitar dan hubungan sesamanya.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Matlamat Tamadun Islam adalah untuk mengeratkan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Hubungan manusia dengan Allah bermaksud hubungan antara manusia dengan penciptanya. Manusia dapat mengenal Allah s.w.t melalui rukun iman yang enam dan rukun Islam yang lima. Beribadat kepada Allah s.w.t adalah satu tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan rahmat dan nikmat Allah s.w.t yang tidak boleh dihitung nilainya. Kehidupan manusia adalah sementara dan ia melambangkan sebuah jambatan yang menuju ke akhirat. Jangka masa kita hidup di dunia ini diberikan oleh Allah s.w.t untuk menyediakan bekalan yang secukupnya bagi kehidupan di akhirat supaya lebih kekal dan abadi. Bekalan tersebut adalah masa beribadat kepada-Nya. Daya kegigihan dan ketinggian iman untuk mematuhi, menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t boleh mengeratkan hubungan manusia dengan penciptanya. Hubungan ini ialah hubungan yang paling mulia dan tertinggi.
Selain itu, Tamadun Islam mempunyai objektif untuk merapatkan hubungan manusia dengan manusia. Interaksi antara manusia dalam membentuk keluarga, jiran, masyarakat, ekonomi kebudayaan dan negara adalah satu ibadat umum. Setiap manusia diberikan penghormatan oleh Allah s.w.t dalam nilai yang sama. Kesempurnaan manusia boleh dicapai dengan kerjasama dan perpaduan mereka tidak mengira perbezaan bangsa, tempat dan warna kulit kerana semua manusia mempunyai hak yang sama taraf dari segi kemanusiaan dan kebebasan.
Seterusnya, hubungan manusia dengan alam sekitar juga dititik beratkan kerana manusia dan alam sekitar adalah ciptaan Allah s.w.t. Alam yang penuh dengan haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, udara, air dan cahaya yang menyebabkan siang dan malam silih berganti harus dimanfaatkan oleh manusia. Sebagai contoh, haiwan yang diternak akan dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula menjadi teduhan kepada manusia, bahan binaan dan buahnya boleh dijadikan makanan. Galian yang terdapat di dalam perut bumi juga boleh digunakan sebagai bahan industri seperti kenderan, barang kemas dan alat binaan rumah. Manusia tidak digalakkan untuk menggunakan nikmat ini dengan sesuka hati, sebaliknya ia adalah satu amanah untuk ditadbir secara terancang kepada Allah s.w.t untuk mencari keredhaan-Nya. Manusia juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar tidak dirosakkan atau dimusnahkan, serta pembangunan yang alam mesra adalah digalakkan.

ZAMAN JAHILIAH
Sebelum tamadun Islam, wujudnya zaman pra-Islam iaitu zaman Jahiliah. Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahalun atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat. Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam al-Quran, ciri-ciri masyarakat Jahiliah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan keempat, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boieh membaca dan menulis. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya kitab suci al-Quran al-Kanm atau sebelum zaman pra-Islam. Dalam konteks Semenanjung Tanah Arab, tempoh masa Jahiliah ialah berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas keruntuhan kerajaan Saba’ di pengkat ketiga atau di pengkat akhir kerajaan Himyar (Tubba) sekitar tahun 300SM sehingga turun al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.pada tahun 610 Masihi. CITATION Nuf17 l 1033 (Nuffnang, 2017)KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tamadun Islam bermula dan turut mencapai kegemilangannya selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Baginda diputerakan pada 12 Rabi’l al-Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi, daripada keturunan Quraisy yang merupakan suku Arab yang paling mulia ketika itu. Baginda merupakan seorang yatim sejak kecil lagi dan setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia, dipelihara oleh datuk dan bapa saudaranya. Bersesuaian dengan latar belakang kehidupannya, baginda sejak kecil lagi telah hidup secara berdikari, terdidik dengan sifat sabar dan lasak, sesuai dengan perjuangan hidupnya di penngkat dewasa yang penuh dengan perjuangan. CITATION Rai18 l 1033 (Rai, 2018)FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN
1.KEDUDUKAN YANG STRATEGIK
Dengan beberapa faktor yang amat menolongkan, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengembangkan tamadun Islam di dunia. Pertama sekali ialah kedudukan yang strategik yang terdapat di tamadun Islam. Dari segi logistik, iklim dan sumber alam, ia memudahkan perhubungan, sesuai untuk perdagangan atau pertanian dan juga mudah untuk mencari sumber. Sumber-sumber semula jadi ini adalah kelangsungan untuk meneruskan hidup masyarakat. Oleh sebab kedudukan yang strategik, pemerintah Islam juga menyediakan kepada prasarana yang sempurna di mana mereka menekankan infrastruktur yang terbaik. Contohnya, Syaidina Umar al-Khattab mengarahkan pembinaan terusan atau tali air di Sungai Nil. CITATION Wan16 l 1033 (Wan, 2016)2.KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN
Faktor yang menyebabkan kelahiran tamadun Islam kedua adalah orientasi keagamaan dan kerohanian. Elemen keagamaan & kerohanian merupakan kekuatan dalaman manusia untuk mendokong nilai mulia dan kebaikan dalam seluruh aspek kehidupan. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan sentiasa memelihara diri mereka daripada perlakuan dan budaya songsang yang menyalahi fitrah manusia. Natijah daripada penghayatan keagamaan akan melahirkan individu & masyarakat yang bertanggungjawab, bersatu padu dan menjadi rakyat yang menyumbang kepada kepentingan negara.

3.ILMU DAN NILAI
Ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada makanan jiwa manusia. Ilmu menjadi penyuluh kepada manusia untuk memahami kebenaran dan keluar daripada unsur-unsur kejahilan. Oleh itu, penawar kepada kebodohan manusia adalah dengan meneroka cabang bidang ilmu yang ada. Salah satu faktor yang turut menujuk tamadun Islam ke arah kegemilangan ialah tradisi keilmuan daripada para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yang ada. Kegemilangan peradaban umat Islam dahulu memperlihatkan bahawa pusat-pusat kebudayaan seperti Baghdad, Cordova, Qairawan, Basrah dan Kufah telah mencipta dan mencapai tamadun yang unggul dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah, perubatan, seni bina, sains teknologi dan sebagainya. Masyarakat pada ketika itu dinaungi dalam lautan keilmuan dan ilmu disusun mengikut bidang disiplin yang tersendiri yang diiktiraf oleh masyarakat dunia. CITATION eTu15 l 1033 (e-Turath, 2015)4.PEMERINTAH YANG BIJAKSANA DAN ADIL
Faktor keempat kelahiran tamadun Islam adalah pemerintah yang bertakwa dan bijaksana. Ajaran Islam menggariskan kualiti untuk menjadi pemerintah. Pemerintah tamadun Islam bertakwa kepada Allah SWT dan bijaksana dalam pemerintahan. Selain itu, pemerintah Islam juga bersifat adil terhadap semua orang tanpa mengira agama anutan meraka. Penduduk bukan Islam dapat kebebasan yang sama dengan penduduk yang beragama Islam.

5.KETENTERAAN YANG KUAT
Akhirnya ketenteraan juga merupakan element yang amat penting untuk menjamin keamanan dan keselamatan sesebuah tamadun. Ia juga menggerunkan musuh-musuh untuk menceroboh. Salah satu rahsia tamadun Islam menjadi kuat adalah masyarakatnya bersemangat jihad tinggi dan kental.

FAKTOR FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
Umat Islam telah mengalami zaman kejatuhan selepas mengalami kegemilangan dan dijulang tinggi oleh penduduk di dunia. Empayar Islam mula runtuh pada hujung pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan empayar yang terakhir dalam Tamadun Islam. Kerajaan ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan menjadi gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Pada tahun 1566, selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni berlaku keruntuhan dalam empayar Turki Uthmaniyah (Mustakim Bin Suhaili, 2009). Kemerosotan Tamadun Islam telah memanfaatkan orang Eropah kerana bermulanya zaman kebangkitan Eropah terutamanya dalam usaha penyebaran agama Kristian. Tamadun Islam akhirnya jatuh kerana disebabkan oleh beberapa faktor. (Penyu Sakti, 2017)
Faktor kemerosotan yang pertama ialah pemerintah yang lemah. Kegemilangan dan kemerosotan suatu tamadun adalah bergantung kepada cara pemerintahan pemimpin. Justeru, seorang pemimpin yang lemah akan menyebabkan rusuhan, ketidakstabilan politik dan kelumpuhan ekonomi. Sebagai contoh, pada Zaman Pemerintahan Bani Umayyah, semasa pemerintahan Khalifah Sulaiman, beliau telah menunjukkan ketidakadilan dalam kepimpinan. Beliau menjatuhkan hukuman mengikut hawa nafsu. Beliau membunuh dua orang panglima perang yang berjasa kepada kerajaan walaupun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. (Penyu Sakti, 2017)
Faktor kemerosotan yang kedua adalah berlakunya penyelewengan dan keruntuhan akhlak. Apabila seseorang tidak mengamalkan nilai moral dan nilai ketakwaan, mereka akan melakukan apa-apa sahaja mengikut nafsu sendiri termasuklah perkara yang haram dan jahat. Sebagai contoh, pada zaman terakhir Pemerintahan Khulafa Uthmaniyah di Turki, kalifah sering berfoya-foya dengan arak dan wanita. Hal ini telah memberi peluang kepada serangan musuh luar. Menurut Ahmad Ulwan Hassim (2012), sehingga suatu ketika sambutan hari raya, mereka terlupa untuk menunaikan solat hari raya kerana terlalu lalai dengan sambutan hari raya tersebut.

Faktor kemerosotan yang ketiga ialah serangan musuh luar. Musuh luar memusnahkan dan membawa balik khazanah ilmu umat Islam ke negara mereka. Bangunan-bangunan Islam juga dimusnahkan atau ditawan dan seterusnya mengubah fungsi sebenarnya. Sebagai contoh, pada akhir zaman pemerintah kerajaan Abbasiyah musuh-musuh menyerang dari Utara, Barat dan Timur. Tentera Monggol menyerang dan memusnahkan pentadbiran pusat Baghdad. Ramai umat Islam telah dibunuh dalam serangan ini. (Ahmad Zaki Abd Latif, 2015)
Faktor kemerosotan yang terakhir ialah kegiatan ilmu yang tidak berkembang. Pada abad ke-15 hingga ke-18, pemerintah mula tidak mementingkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan. Para sarjana dan ilmuwan Islam kurang menghasilkan karya-karya baharu. Kekurangan penghasilan karya baharu memberi peluang kepada sarjana Barat untuk mengambil alih tempat sarjana Islam sebagai pemula sesuatu penyelidikan.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemerosotan Tamadun Islam. Kita haruslah mengambil kejatuhan empayar Islam sebagai satu pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berlaku di negara kita.
CABARAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM PADA ERA GLOBALISASI DAN LANGKAH
Dalam era modenisasi ini, Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti penjajahan pemikiran sama ada luaran ataupun dalaman, sekularisasi dan lain-lain. Kecelaruan budaya dari dunia telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam mempertahankan tradisi dan ajaran Islam.
Kini, budaya hedonisme telah menjajah umat Islam. Menurut pengertian Kamus Dewan, hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. CITATION Kem94 l 1033 (Pustaka, 1994) Kebanyakan umat Islam mengamalkan sikap suka akan hiburan sehingga melalaikan diri sendiri daripada tradisi Islam. Sekiranya pemikiran-pemikiran hedonisme yang menganggu pemikiran umat Islam tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Aqidah bermaksud tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah. CITATION Ham02 l 1033 (Hamat, 2002) Orang yang suka akan hedonisme mengabaikan kepentingan ajaran Islam, mereka akan mudah meresapi pemikiran-pemikiran yang salah. Kesannya, insan yang berfikir dengan tidak Islamik akan dilahirkan.

Selain daripada perkara hedonisme, pembaratan juga merupakan salah satu cabaran dalam perkembangan tamadun Islam. Pembangunan negara- negara barat yang maju seperti Amerika Syarikat berjaya menerajui seluruh dunia termasuk negara-negara Islam bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi mahupun percaturan politik. Negara- negara barat tersebut berjaya menjajah pemikiran seluruh dunia mahupun mengubah struktur pemerintahan negara lain. Tambahan pula, sekularisme atau keduniaan ciptaan oleh negara barat bertentangan dengan ajaran agama Ialam. Trend- trend seperti materialistik dan liberisasi telah menjadi gaya hidup generasi muda kini. Akibatnya, ajaran Isam semakin dilupakan oleh generasi kini.

Di samping itu, keterbukaan umat Islam juga merupakan halangan perkembangan tamadun Islam. Dalam ajaran Islam, umat Islam harus bersikap terbuka dan berfikir secara rasional. Pada zaman dahulu, umat Islam bersikap terbuka menerima teknologi dalam bidang perubatan daripada tamadun mesopotamia. Walau bagaimanapun, sikap keterbukaan telah diamalkan secara tidak betul oleh golongan muda kini. Golongan muda kini sering menerima budaya asing dan diterapkan oleh arus-arus seperti gloalisasi dan liberisasi. Sebagai contoh, golongan lelaki dan wanita suka bergaul bebas, golongan wanita yang suka memakai pakaian yang menjolok mata, serta mereka tidak menghormati ajaran Islam. Natijahnya, mereka mengharamkan nilai-nilai murni yang dihalalkan oleh Allah.

Demi menghadapikan cabaran-cabaran tersebut, terdapat beberapa langkah untuk menghadapinya. Didikan agama sejak kecil amat signifikan dalam perkembangan tamadun Islam semula. Golongan masyarakat perlu memegang prinsip-prinsip agama Islam supaya mengikut panduan hidup yang ditentukan oleh Tuhan. Selain daripada itu, umat Islam perlu menghayati misi pembebasan dalam al-Qu’ran. Mereka perlu menerima peranan yang ditentukan oleh Tuhan untuk melahirkan insan yang beriman.

SUMBANGAN/MATLAMAT/KEBAIKAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA
Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima lebih pengaruh yang berasaskan kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme, hyang dan lain-lain. Namun, setelah kedatangan Tamadun Islam, cara hidup rakyat Malaysia telah berubah dengan mengikut ajaran Sunnah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad. Tidak dinafikan bahawa keadaan Sejarah Islam telah membawa banyak perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio-budaya masyarakat di negara kita. Misalnya agama Islam telah membawa banyak ajaran dan tamadun yang lebih tinggi dan sempurna, lebih rasional dan logik serta lebih mudah diterima oleh masyarakat Malaysia. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah, masyarakat Malaysia dengan sendiri menolak kepercayaan tahyul dan fahaman animisme (Abdullah Ishak, 1992). Terdapat beberapa sumbangan Sejarah Islam di Malaysia seperti dari aspek Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam menggalakkan budaya ilmu, Sejarah Islam dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat, dan konsep kesederhanaan (wasatiyyah). Sumbangan Sejarah Islam yang dibincangkan ini akan disertakan dengan contoh-contoh yang dapat dijadikan sebagai bukti. (DaeLen, D. E, 1970).

Pertama, sumbangan Sejarah Islam terhadap pembangunan dan kemajuan Malaysia ialah agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Agama Islam memainkan peranan yang sangat penting dalam kelangsungan tamadun Melayu sebagai asas Tamadun Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahawa agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka pada suatu ketika dahulu. Sehubungan itu, terdapat beberapa institusi Islam diwujudkan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Contohnya, Jabatan Agama dan Syariah. Berdasarkan agama Islam juga, Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dibentukkan. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang tersebut. Agama Islam sebagai asas pembinaan tamadun di Malaysia turut merangkumi semua aspek kehidupan. Islam bukan sahaja upacara ibadat pemujaan Tuhan di masjid dan tempat-tempat khusus pada masa-masa tertentu sahaja. Sebaliknya Islam mengatur segala aspek kehidupan manusia dan membawa manusia ke arah pembentukan individu muslim melalui beberapa aspek seperti kepercayaan, peribadatan, pembentukan akhlak, muamalat, muasayarat, munakahat dan jenayah (Hashim Musa, 2004). Dengan wujudnya penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat akan dapat membantu kelangsungan tamadun Melayu yang bercorak tamadun Melayu-Islam.

Menurut Samri Sainuddin (2003), masyarakat yang berilmu ialah masyarakat yang berjaya membawa negara ke arah negara yang lebih maju, canggih, dan dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan umatnya mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Islam menggalakan rakyat untuk menuntut ilmu supaya dapat meninggikan darjat manusia. Dalam budaya ini, ilmu dianggap sebagai suatu kemasyhuran tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. (Ajaknordin Follow, 2014). Selaras dengan keutamaannya, Islam merupakan agama yang sangat mementingkan dan menitikberatkan umatnya agar menuntut ilmu. Perkara ini amat ketara apabila al-Quran sendiri memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus menyelidiki sesuatu perkara. Menurut Muhammad Naquib al-Attas (1972), kedatangan Islam telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia ke arah bersifat ilmiah dan saintifik. Contohnya, Islam telah membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih kepada institusi pendidikan islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Galakan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.

Bukan itu sahaja, sejarah Islam juga membawa perubahan yang besar dan ketara dalam mengubah kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat di negara kita. Pandangan serta falsafah pemikiran masyarakat pada suatu ketika dahulu turut berubah setelah mereka menerima ajaran yang dibawa oleh masyarakat Islam. Sebagai contohnya, Islam menyuruh umatnya supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki yang halal agar disenangi dan dihormati oleh semua orang. Jika tidak berjaya sekalipun, Islam menyuruh umatnya agar tabah dan sabar serta menghargai nyawa yang diberikan oleh Tuhan dengan ketentuan-Nya, bukannya mudah berputus asa dan membunuh diri. Islam juga mengarahkan manusia supaya hidup secara aman dan harmoni serta mewujudkan toleransi dan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat dan rasa tanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain, sifat atau akhlak yang mulia amat dipentingkan oleh Islam.
Konsep kesederhanaan merupakan satu budaya yang telah diterapkan oleh Nabi Muhammad. Menurut Noor Hisham Md Nawi (2010), kesederhanaan bukan sahaja ditentukan oleh wasilah atau bentuk luaran seperti kuantiti dan bentuk harta bahkan faktanya banyak ditentukan oleh faktor niat dan tujuan. Budaya sederhana yang dianjurkan Islam cukup indah dan mendaulatkan prinsip keadilan serta kemanusiaan kepada setiap manusia dalam membina generasi Islam yang begitu maju dan berkualiti. Memetik kata-kata alim ulama, kebaikan terletak di antara tengah-tengah dua keburukan. Hal ini menjelaskan memilih untuk bersederhana adalah pilihan yang bijak manakala keberanian adalah suatu kelebihan. Konsep kesederhanaan atau wasatiyyah secara sedar dan tidak sedar sebenarnya harus kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Menurut Zulkiflee Haron (2005), orang Islam digalakkan besederhana dalam soal-soal kemudahan seperti pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. (Safuan, M. Z, 1970). Bagi wanita pula, sekiranya pakai barang kemas yang berlebihan ia akan dikenakan zakat. Majlis perkahwinan juga haruslah diadakan dengan sederhana dan mudah. Bahkan Nabi Muhammad s.w.a juga pernah menasihati rakyat agar diadakan mas kahwin yang paling sederhana. Islam telah menggariskan dasar yang cukup ketara iaitu pembaziran adalah dilarang kerana pembaziran memusnahkan perkara yang berfaedah atau menggunakan lebih daripada keperluan.

Sememangnya sumbangan Sejarah Islam terhadap pembangunan dan kecemerlangan Malaysia jelas terpancar melalui huraian yang telah dibincangkan di atas seperti agama Islam sebagai agama Persekutuan, pengaruh sejarah Islam terhadap pemikiran masyarakat, konsep kesederhanaan dan lain-lain lagi.

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Asia Tenggara, terutamanya pada zaman kerajaan Melaka. Melaka merupakan pelabuhan yang utama di Tanah Melayu kerana terletak di tengah-tengah perjalanan antara Timur-Barat. Melaka sentiasa dikunjungi oleh pedagang dari pelbagai pelusuk dunia termasuklah pedagang Islam. Islam telah mempegaruhi terhadap politik, sosiobudaya dan ekonomi Tanah Melayu.

Sistem Pentadbiran
Sebelum kedatangan Islam, system pemerintahan yang diamalkan di Tanah Melayu dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha. Pada masa itu, institusi pemerintahan beraja yang berasaskan konsep dewa-raja diamalkan. Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu. Dalam konsep Islam, sultan digelar Zillullah fil-alam dan Zillullah fi-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi. Selain itu, sultan juga digelar Khalifatul Mukminin yang bermakna pemimpin orang mukmin. Nasab keturunan sultan sering dikaitkan dengan tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain untuk meningkatkan kedudukan seseorang tersebut. Sultan berkuasa tertinggi dalam system pemerintahan. Sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam. Sultan dibantu oleh pembesar berempat, iaitu bendahara, temenggung, laksamana dan penghulu bendahari. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan. Konsep daulat tidak wujud secara bertulis tetapi dipercayai kebenarannya. Kedaulatan sultan dapat diperkukuh dengan penggunaan bahasa istana, warna kuning sebagai warna diraja, penggunaan alat kebesaran raja dan penggunaan nobat (Manzaini, 2012).

Perundangan
Undang-undang terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang tidak bertulis juga dipanggil adat yang bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun sehingga menjadi hukum yang mesti dipatuhi. Terdapat dua jenis adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Undang-undang bertulis merupakan hukum yang digubal dan ditulis serta diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang bertulis yang diamalkan adalah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang 99 Perak. Dalam semua undang-undang di atas, raja dapat dikecualikan.
Pendidikan
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan kepada budaya dan cara hidup di masyarakat. Dalam masyarakat Melayu tradisional, terdapat 2 jenis pendidikan, iaitu pendidikan tidak formal dan pendidikan formal. Pendidikan tidak formal berbentuk asuhan yang berlaku dalam keluarga. Ibu bapa akan mengajar hal agama, adat dan kemahiran kepada anak mereka. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki dan peribahasa. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di pondok, masjid atau madrasah (Muhammad Ridhuan, 2010). Di masjid, kanak-kanak akan diajar secara lebih formal berkaitan dengan ilmu fikah, cara bacaan dalam sembayang dan perkara penting yang wajib diketahui oleh orang Islam. Pendidikan pondok bermatlamat untuk menyediakan pelajar-pelajar bertugas sebagai guru agama manakala pendidikan madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

Bahasa dan kesusasteraan
Pengaruh Islam yang paling ketara dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu ialah tulisan jawi. Tulisan jawi ini kemudiannya telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan. Tulisan jawi telah menjadi hak milik orang Melayu. Kata Bahasa Melayu juga berkembang dengan bertambahnya istilah baru seperti adat, adil dan hukum. Perkembangan juga turut berlaku dalam bidang kesusasteraan seperti cerita jenaka, cerita binatang, bentuk puisi dan sebagainya (Muhamad Yussoff Ali, 2011).
Kesenian
Perkataan seni membawa maksud sesuatu yang indah dan menyenangkan. Apabila Islam mula bertapak, seni memaparkan sesuatu tentang agama. Seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, telaga dan mimbar. Contohnya, Masjid Kampung Laut dan Masjid Tengkera. Seni kaligrafi juga adalah seni tulisan Islam.

Mata Wang
Sistem mata wang adalah untuk sistem barter. Mata wang asing juga dapat digunakan di Melaka. Ia boleh ditukar dengan mata wang tempatan. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan dan tarikh Islam dicatat pada mata wang (Manzaini, 2012). Di Johor, mata wang dikenali sebagai wang katun manakala mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.
KESIMPULAN
Selepas membincang mengenai Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam, kita telah membuat rumusan. Sebagai kesimpulannya, semua tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri ciri yang khas dalam kelahiran dan perkembangannya.

Daripada hasil sikap terbuka dengan menerima pembaharuan dan pengaruh tamadun lain, sebenarnya memberi kelangsungan sesebuah tamadun itu peringkat perkembangan.

Selain itu, dengan wujudnya amalan ikatan dan berinteraksi antara satu tamadun yang sama dimana melahirkan kesan yang positif dan negative dan juga perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah tamadun tersebut.

Seterusnya, setiap tamadun memainkan peranan yang penting dengan memberi zakat kepada seluruh dunia bagi perkembangan dunia ke arah yang tinggi. Bagi pengetahuan semua, setiap tamadun telah memberi sumbangan yang besar kepada kita semua bagi menambah pengetahuan mengenai sejarah ilmu ketamadunan.

Terakhir sekali, kemunculan dan kejatuhan setiap tamadun mempunyai perkara- perkara yang tersendiri. Sebagai generasi yang baharu, kita perlu mengambil pengajaran dari peristiwa dahulu bagi menjaga ketamadunan negara dan agama kita.

RUJUKAN
Ustaz Abd Aziz bin Harjin, 2008. Konsep Tamadun Islam. Dimuat turun daripada:
http://ctu551.blogspot.com/2008/04/konsep-tamadun-islam_16.htmlMohd Zuhairi Safuan, 2012. Konsep Tamdun. Dimuat turun daripada:
http://mzuhairi.blogspot.com/2012/06/tamadun-islam-1.htmlKhairul Nisaa, 2014. Titas Tamadun Islam (Pandangan Semesta dalam Tamadun Islam) Dimuat turun daripada:
http://cucuremaja.blogspot.com/2014/11/titas-tamadun-islam-pandangan-semesta.htmlNuffnang, 2017. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah. Dimuat turun daripada: http://ringkassejarah.blogspot.com/2017/01/ciri-ciri-masyarakat-arab-jahiliah.htmlRai Illani, 2018. Keajaiban Yang Berlaku Semasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Dimuat turun daripada: https://iluminasi.com/bm/keajaiban-yang-berlaku-semasa-kelahiran-nabi-muhammad-s-a-w.htmlWan Arizwnb, 2016. Bab 2 Tamadun Islam. Dimuat turun daripada: https://www.slideshare.net/wanarizwnb/bab-2-tamadun-islam-59173436e-Turath, 2015. Kelahiran dan Kejatuhan. Dimuat turun daripada: http://e-turath.blogspot.com/2015/01/kelahiran-dan-kejatuhan.htmlAhmad Zaki Abd Latif, Azam Hamzah dan Azhar Mad Ros. (2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Muka surat 72.

Penyu Sakti. (2017). Sebab Kejatuhan Kerajaan Islam, Merosotnya Tamadun Umat Islam. Dimuat turun daripada:
https://penyusakti.wordpress.com/2017/11/15/sebab-kejatuhan-kerajaan-islam-merosotnya-tamadun-umat-islam/Mustakim Bin Suhaili. (2009). Kejatuhan Turki Utmaniyah: Berakhirnya Institusi Khilafah. Dimuat turun daripada:
http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2009/04/kejatuhan-turki-uthmaniyah-berakhirnya.html BIBLIOGRAPHY Hamat, M. F. (2002). Peranan Akidah Dalam Perancangan Pembangunan Ummah: Satu Analisis Dalam Konteks Masyarakat Kini. Jurnal Usuluddin, 16(13).

Pustaka, K. P. (1994). Kamus Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

DaeLen, D. E. (1970, January 01). Eldan DanieLe EldaLene DaeLen. Retrieved from http://eldandanieleeldalene.blogspot.com/2015/11/sumbangan-sejarah-islam-terhadap.html
Ajaknordin Follow. (2014, April 14). Retrieved from https://www.slideshare.net/ajaknordin/bab-5-sumbangan-tamadun-islam-terhadap-peradaban-dunia
Safuan, M. Z. (1970, January 01). Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia. Retrieved from http://mzuhairi.blogspot.com/2013/03/sumbangan-tamadun-islam-kepada-dunia.html
Manzaini, 2012. Pembaharuan dan pengaruh Islam di Malaysia sebelum kedatangan Barat
Dimuat turun daripada:
https://hermanzaini.wordpress.com/nota-ting-4/bab-8-pembaharuan-dan-pengaruh-islam-di-malaysia-sebelum-kedatangan-barat/Muhamad Yussoff Ali, 2011. Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat.

Dimuat turun daripada:
http://myussoff.blogspot.com/2011/02/pembaharuan-dan-pengaruh-islam-di.htmlMuhammad Ridhuan, 2010. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu.

Dimuat turun daripada:
http://cikgumadrid.blogspot.com/2010/04/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html